Ketua-ketua Wall Street dan bisnes Amerika Syarikat dilaporkan memohon Theresa May supaya menangguhkan Brexit.
Dalam kata lain, mereka mahu May menangguhkan pelaksaan Article 50 selambat yang mungkin bagi memberikan persediaan kepada mereka bagi menghadapi Brexit.
The Financial Times melaporkan pertemuan di New York pada minggu ini memohon agar Brexit diberikan masa selama 2 tahun sebelum pelaksaannya untuk mere bersedia menghadapi perubahan itu.
May memberitahu National Public Radio, “Salah satu tujuan saya berjumpa dengan pelabur Amerika Syarikat termasuk bank adalah untuk mendengar pendapat mereka dan apakah kunci kepada isu yang bakal dihadapi.”
Tambahnya, “Saya juga berharap mesej yang diterima oleh mereka adalah saya sangat mementingkan servis kewangan dan London adalah sebuah pusat kewangan antarabangsa yang sangat penting”.
Institusi kewangan risau sekiranya United Kingdom kehilangan akses European Union dari segi perdagangan maka ia akan memberi kesan yang kurang baik buat ekonomi United Kingdom.