Aussie melonjak dalam sesi dagangan Asia menjelang semakan kadar oleh bank pusat Australia yang dijadual akan dikeluarkan pada pagi ini (11.30am).
AUD/USD didagang meningkat 0.16%, manakala USD/JPY meningkat 0.06%. Dalam masa yang sama, GBP/USD didagang meningkat 0.12%.
Bank pusat Australia akan mengumumkan semakan semula kadar tunai yang pertama kalinya dikendalikan oleh Gabenor baru bank tersebut, Philip Lowe. Data kelulusan bangunan dan kelulusan rumah persendirian juga dijangka bakal dikeluarkan hari ini.
Terdahulu di New Zealand, data keyakinan perniagaan dicatat pada 26% berbanding 19% sebelumnya. NZD/USD didagang meningkat 0.18% selepas data tersebut dikeluarkan.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.65.
Semalaman, US Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang lain selepas data pembuatan US kembali meningkat pada September.
Laporan itu juga sekali gus menambah keyakinan bagi prospek kenaikan kadar US sebelum akhir tahun ini. Data sentimen pengguna yang dikeluarkan sebelum ini turut menunjukkan peningkatan.
Di tempat lain, Perdana Menteri UK, Theresa May berkata pada Ahad bahawa beliau akan menyelesaikan proses meninggalkan Kesatuan Eropah menjelang akhir bulan Mac.
Kejatuhan Semula Harga Minyak Memberi Tamparan Buat Ringgit!