Perdana Menteri UK Theresa May tidak akan melaksanakan undi parlimen untuk memulakan proses keluar daripada EU, menurut The Daily Telegraph.
May tidak mahu penyokong Brexit untuk menangguhkan proses pengeluaran dan May ada kuasa untuk melakukannya tanpa undi parlimen.
Majoriti daripada ahli parlimen iaitu seramai 650 orang mengumumkan bahawa mereka adalah penyokong Bremain.
Mereka berkata yang referendum yang dijalankan Jun lalu tidak sah dan ahli parlimen yang dipilih sepatutnya membuat undian sebelum proses dijalankan.
Majoriti tipis rakyat UK telah mengundi untuk keluar daripada EU 23 Jun lalu namun Theresa May yang menggantikan David Cameron masih belum memulakan proses pengeluaran daripada EU.
Proses yang bermula memerlukan tempoh 2 tahun.
Ekonomi UK sehingga hari ini masih lagi dalam keadaan tidak pasti berikutan Brexit dan setakat ini Pound telah menjunam sebanyak 10% sejak 23 Jun lalu.