Indeks Pengurus Pembelian (Purchasing Manager Index, PMI) Pembuatan Nikkei Malaysia jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima bulan kepada 47.1 pada November, mencerminkan kelembapan operasi pembuatan Malaysia.
Indeks tersebut merupakan petunjuk prestasi sektor pembuatan yang mana sebarang angka lebih daripada 50.0, menunjukkan penambahbaikan keadaan keseluruhan sektor.
IHS Markit, peneraju dalam maklumat dan analisis global berkata, pengeluar yakin dengan dasar pengambilan pekerja mereka dengan pertumbuhan pekerjaan mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan.
Sementara itu, peluang pekerjaan meningkat pada kadar paling cepat manakala peningkatan kos adalah disebabkan harga bahan mentah tinggi ekoran kadar pertukaran lemah dan kos buruh tinggi.
Tidak dapat dielak, pengeluar terpaksa memindahkan sebahagian daripada kos mereka kepada pelanggan, kata IHS Markit.
Sumber: Bernama