Harga minyak agak merosot selepas kebanyakan trader berlumba-lumba mengambil keuntungan dalam sesi sebelumnya. Semalam pasaran menyaksikan stok simpanan minyak mentah menurun dan jangkaan pembekuan bekalan oleh OPEC yang semakin menguat.
WTI mentah didagang menurun 16 sen daripada harga penutup sesi sebelum ini.
Sementara itu, brent mentah pula telah menjunam sebanyak 3 sen.
Peniaga minyak mentah mengatakan bahawa penurunan minyak adalah kerana keuntungan yang diambil dalam sesi sebelumnya berikutan laporan kejatuhan minyak mentah sebanyak 5.2 juta tong.
Buat masa ini, pasaran minyak mentah didagang stabil dengan jangkaan kenaikan yang selanjutnya.
Menurut penganalisis teknikal komoditi, Wang Tao berkata minyak AS mungkin akan mencecah nilai antara $51.67 hingga $52.11 setong.
Seterusnya, pasaran minyak mentah akan memberikan fokus kepada pertemuan OPEC yang dirancang bakal diadakan pada 30 November sebagai harapan untuk memotong bekalan minyak mentah. Rusia juga sebelum ini mengatakan kesediaannya untuk bekerjasama dalam pertemuan terbabit.
Ini Perkembangan Terbaru Bekas Gabemor Malaysia Yang Anda Mesti Baca!