Amerika Syarikat dikatakan akan mengeluarkan laporan keluaran dalam negara kasar bagi suku ketiga hari ini dalam ketidaktentuan pasaran mengenai penentuan kadar oleh Fed.
Konsensus menjangkakan bahawa data tersebut akan menunjukkan peningkatan ketara dari angka suku kedua sebelum ini.
Seawal Rabu, penganalisis dilihat telah mula meningkatkan ramalan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi.
Pun begitu, ramalan yang dikeluarkan oleh kebanyakan bank-bank pusat terhadap kekuatan ekonomi dilihat menurun.
Selain itu, pegawai-pegawai Fed juga mengatakan bahawa kadar hanya akan dinaikkan pada bulan Disember jika ekonomi kekal pada landasan yang betul.
Mesyuarat Fed seterusnya dijadualkan akan diadakan pada 1 hingga 2 November ini. Kemungkinan kadar akan dinaikkan pada mesyuarat tersebut hanya diletakkan pada paras 8.3%.