Siapa Kata Brexit Hanya Bawa Kesan Negatif? Baca Dulu Keseluruhan Isi Artikel Ini!

60

Kita selalu diutarakan dengan pelbagai kesan buruk dari Brexit, kan?

Mengambil pendekatan dari sudut pandang yang berbeza kali ini, keputusan perpindahan keluar Britain dari UK turut boleh dipuji dari segi pentadbiran politik.

Pertempuran pendapat yang hampir memecahbelahkan kerajaan ketika pentadbiran David Cameron sebelum ini cepat diatasi apabila tampuk pimpinan dipimpin oleh Theresa May.

May dilihat memberikan kepercayaan penuh kepada Menteri Kewangannya iaitu Philip Hammond untuk mengawal keadaan ekonomi kerajaannya. Helen Bower iaitu jurucakap Hammond turut berkata bahawa May amat memberi kebebasan kepada Gabenor Bank of England iaitu Mark Carney untuk memimpin hala tuju kerajaan dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. May dilihat amat menghormati tugas-tugas dan institusi kewangan tanpa melakukan sebarang campur tangan yang akan memburukkan lagi keadaan.

Sebelum ini, Hammond dikatakan mempunyai percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kabinetnya yang lain.

Pun begitu, tidak dinafikan bahawa pelbagai tajuk-tajuk berita juga dikeluarkan menjelaskan keadaan yang menakutkan selepas Brexit.

Antara perkara yang benar-benar menakutkan ialah kejatuhan matawang Pound sejak referendum yang lalu sehingga mencatat kemerosotan sekitar 18%. Hal ini sekali gus mencetuskan gambaran krisis kewangan di Britain. Matawang tersebut juga masih tidak stabil dan mencatat volatility yang amat tinggi buat masa ini.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

IMF Masih Belum Putuskan Sama Ada Ingin Memberi Pinjaman Buat Greece Atau Tidak! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat