IMF Masih Belum Putuskan Sama Ada Ingin Memberi Pinjaman Buat Greece Atau Tidak!

48

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata semalam bahawa ia akan memuktamadkan keputusan untuk membantu Greece melalui pinjaman pada akhir tahun ini.

Jurucakap IMF, Gerry Rice memberitahu pemberita bahawa sebarang keputusan akan bergantung kepada perbincangan yang akan dijalankan di Athens diantara IMF dan pihak berkuasa Greece.

Dalam masa yang sama, Rice mengatakan bahawa IMF tidak akan mengubah sasaran fiskal untuk Greece bagi program pinjaman semasa. Pun begitu, sasaran lebihan bajet sebanyak 3.5% daripada kadar dalam negara kasar dilihat sebagai terlalu mustahil untuk dicapai buat masa ini.

Jika Greece ingin membuat pembaharuan dengan mengejar sasaran yang lebih tinggi, mungkin IMF akan mengkaji terlebih dahulu penglibatan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat