Secara ringkasnya, Aussie susut di bawah 75 sen selepas RBA menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.5% seperti yang diramal.
Menurut Masashi Murata, currency strategist Brown Brothers Harriman di Tokyo, pemotongan kadar faedah oleh RBA pada akhir tahun ini bergantung kepada pergerakan Dollar Australia.
Beliau juga berkata, pengumuman sebelum ini tidak mematikan jangkaan pemotongan interest rate pada masa akan datang. Pengurangan kadar itu akan berlaku lagi jika Aussie dilihat lemah.
Matawang itu dilaporkan masih kukuh walaupun RBA telah mengumumkan pemotongan kadar daripada 1.75% kepada rekod terbaru, 1.50%.
Aussie 10-year bond masih mengekalkan nilai di atas paras 1.8% berbanding 1.5% bagi US Dollar.
Tahukah anda, selain pengumuman RBA, keputusan BoE juga dinanti? Keputusan apa dan bila? Klik artikel ini.