Harga emas dicatat melonjak pada hari Selasa selepas junaman US Dollar membantu pengukuhan komoditi tersebut.
Emas di bahagian Comex New York Merchantile Exchange kali terakhir dinilai pada $1,217.50 satu troy ounce, selepas meningkat kepada $1,220.85 dalam sesi sebelum ini.
Pada Isnin, emas meningkat sebanyak 0.82% selepas jatuh ke paras terendah sebanyak $1,220.85 dalam sesi sebelum ini.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar juga kali terakhir dinilai pada 101.02.
Logam kuning amat sensitif terhadap pergerakan US Dollar serta menjadi lebih bermanfaat kepada emas jika sekiranya US Dollar merosot.
Bagi bulan ini sahaja, sesi dagangan emas telah menjunam hampir 4% selepas pengukuhan US Dollar akibat dasar ekonomi yang dibawa oleh Trump.
China dan Amerika Syarikat Mula Memperbaiki Hubungan Yang Kian Tegang!