China dan Amerika Syarikat Mula Memperbaiki Hubungan Yang Kian Tegang!

88

Akhbar Rakyat Parti Komunis di China, melaporkan bahawa hubungan dua hala antara China dan AS tidak mungkin akan terjejas, malahan kedua-dua negara perlu bertanggungjawab dalam memastikan hubungan mereka kekal baik.

Akhbar utama parti tersebut menyatakan bahawa sebarang perkara yang mengganggu hubungan baik antara China dan AS akan mengakibatkan ‘bencana global’. Akhbar itu dikatakan memetik kenyataan Presiden Xi Jinping dalam panggilan telefon bersama Trump minggu lepas.

China dan AS dikatakan tidak mempunyai pilihan lain selain memperbaiki hubungan sedia ada dan kembali bekerjasama. Kerjasama kedua-dua negara ini juga akan membawa manfaat buat rakan dagang di seluruh dunia.

Sebelum ini, Trump dikatakan telah melepaskan tuduhan berat buat China apabila negara itu dilabelkan sebagai memanipulasi matawang. Dalam kempen beliau, Trump juga turut mengecam amalan perdagangan yang tidak adil dari China.

Menurut akhbar tempatan China itu lagi, slogan Trump iaitu “Make America Great Again” dan “Chinese Dream” oleh Xi menunjukkan bahawa kedua-dua pemimpin dunia itu mempunyai matlamat yang jelas dalam pentadbiran masing-masing.

Sesi pertukaran pendapat dan pandangan oleh Trump dan Xi buat kali pertama itu dikatakan berlangsung dalam keadaan baik dan positif. Isi penting utama dalam perbincangan kedua-dua pemimpin itu lebih berkisar mengenai hala tuju hubungan bagi China dan AS.

Aliran Keluar Negara Asia Mencecah $11Billion Semenjak Kemenangan Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat