Emas mula mencatatkan kenaikan sederhana di Asia pada hari Khamis berikutan data pekerjaan ADP bukan dari sektor perladangan yang diumumkan semalam, melemah dari jangkaan awal.
Pun begitu, tumpuan utama tetap diberikan kepada data rasmi NFP yang akan dikeluarkan Jumaat ini bagi isyarat yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Disember.
Emas di Comex meningkat sebanyak 0.20% dan silver futures turut melonjak sehingga 0.80%.
Sementara itu, pasaran di China masih ditutup selama seminggu.
Semalam, harga emas menjadi lebih rendah selepas US Dollar terus menambah kekuatan berikutan data positif dari sektor perkhidmatan Amerika Syarikat.
Pada hari Selasa, harga emas menjunam kira-kira 3.28% sekali gus menunjukkan penurunan terbesar sejak September 2013, apabila US Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan.