Dollar Australia dicatat lebih rendah sejurus selepas data pekerjaan diumumkan. Sementara itu, Kiwi didagang stabil menjelang laporan ekonomi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan lewat hari ini.
AUD/USD merosot sekelip mata dalam sesi dagangan ini.
Angka ini dicatat sejurus selepas Biro Statistik Australia melaporkan pada Khamis bahawa bilangan orang yang bekerja menurun sebanyak 9,800 pada bulan September.
Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal stabil pada tahap 5.6% berbanding 5.7% yang dicatat bulan sebelumnya.
Selain itu juga, Bank Negara Australia berkata bahawa indek keyakinan perniagaan meningkat pada suku ketiga.
Bagi matawang kiwi, sesi dagangan kali ini dicatat lebih perlahan berbanding semalam.
Matawang Greenback melemah hari ini menjelang pengumuman aktiviti pembuatan, tuntutan pengangguran awal dan data jualan rumah sedia ada Amerika Syarikat.
Pasaran dilihat menanti dengan setia data ini bagi gambaran yang lebih jelas mengenai kekuatan ekonomi terbesar dunia itu.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 98.03.
Pengasas Moshed.com Menjelaskan Kenapa Kebanyakan Forex Trader Gagal!