Aussie Dollar melonjak lebih 85 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7265 sebelum menutup sekitar paras $0.7230; setelah laporan ekonomi Australia keluar memberansangkan dan pasaran mula mengambiil untung jualan bagi menutup buku dagangan bulan Mei. Kadar tukaran AUD/USD telah jatuh lebih 560 pips sejak awal bulan Mei.
Di pasaran Australia, Biro Statistik Australia melaporkan bahawa kelulusan pembinaan bangunan untuk bulan April meningkat melebihi jangkaan pasaran, 3.0% berbanding -3.1%, dan lebih baik dari laporan sebelumnya yang di semak turun dari 3.7% kepada 2.9%. Pada masa yang sama, defisit akaun semasa Australia bertambah baik, pada -$20.8 billion berbanding -$22.6 billion pada sebelumnya.
Menurut Biro Statistik Australia lagi, lebihan dagangan barangan dan perkhidmatan meningkat $4.7 billion, yang mengangkat Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku pertama 2016 sebanyak 1.1%. Namun, keuntungan kasar negara jatuh 4.7% pada suku tersebut, menjadikan keuntungan tahunan, selepas perlarasan bermusim, jatuh kepada 8.4%.
Keuntungan sektor perlombongan jatuh dan sektor bukan perlombongan lemah, dengan susut 3.3% untuk tahun ini. Walau bagaimanapun, gaji dan upah meningkat 0.6% untuk suku pertama 2016, menjadikan peningkatan tahunan sebanyak 3.5% – peningkatan paling kukuh sejak 2012. Walaupun keuntungan merosot, nilai inventori pernigaan meningkat 0.4%, menyumbang 0.2% – 0.4% kepada GDP negara.
UBS dalam analisisnya mengatakan peningkatan 1.2% dalam jualan juga adalah penyumbang kepada GDP yang positif. Angka tersebut adalah yang terbaik sejak 2009. Hari ini Australia akan melaporkan angka GDP suku pertama 2016, yang dijangka pada 0.6% berbanding 0.7% pada suku terakhir 2015. AS pula bakal melaporkan angka PMI pembuatan yang dijangka susut dari 50.8 mata kepada 50.5 mata.