Aussie melonjak lebih 70 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar$0.7375 sebelum menutup sekitar paras $0.7363; setelah data inflasi China membantu menyokong matawang negara Kanggaro itu. Terdapat hanya sedikit data lain dalam sesi Asia semalam. Harga pengguna China meningkat 2.3% pada April berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kadar yang sama seperti pada bulan Mac dan kurang sedikit daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.4%.
Walau bagaimanapun, keputusan tersebut masih di bawah sasaran Beijing sebanyak 3% inflasi pada tahun ini, sekaligus meninggalkan ruang untuk pembuat dasar melonggarkan dasar monetari di tengah-tengah kelembapan berterusan dalam pertumbuhan ekonomi. Sebelum daripada ini, Australia telah mengambil langkah menurunkan kadar selepas inflasi jatuh ke bawah sifar buat pertaman kalinya sejak Januari 2009.
RBA berhujah bahawa penurunan kadar adalah wajar ekoran inflasi yang “tidak disangka-sangka rendah” dan pertumbuhan upah yang “sangat lemah”. Walaupun kadar sudah sedia rendah dan telah menyokong permintaan untuk beberapa waktu, RBA melihat keadaan itu satu peluang untuk mengambil tindakan lanjut. Dalam membuat keputusan, lembaga Reserve Bank of Australia telah mengambil “nota berhati-hati” dalam piawaian pinjaman gadai janji yang lebih ketat dan tekanan harga rumah.
Lembaga RBA memutuskan terdapat lebih banyak ruang untuk menyokong permintaan tanpa menaikkan gelembung dalam sektor perumahan. Pasaran kini meletakkan 50:50 peluang untuk penurunan kadar susulan pada bulan depan. Satu lagi penurunan pada Oktober dilihat sebagai suatu yang pasti, yang telah pun difaktorkan sepenuhnya ke dalam kontrak niaga hadapan.