Aussie Dollar kembali merudum lebih 170 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.6825 sebelum menutup sekitar paras $0.6860; setelah matawang komoditi kekal lemah apabila pelabur bimbang tentang eksport dari Australia ke China. Persoalan yang dihadapi ekonomi Australia adalah serendah mana Dollar Australia akan terus jatuh. Ia telah jatuh kira-kira 10 sen AS sejak setahun lepas – dan dijangka akan jatuh lebih jauh lagi menjelang akhir 2016.
Penurunan jenis ini telah mewujudkan kemenangan – dan kekalahan dalam ekonomi Australia. “Dolar Australia adalah proksi kepada ekonomi China, dan tidak seperti menjual aset tempatan atau mata wang China, anda tidak akan terkesan oleh campur tangan dasar,” menurut Encik James Purcell, strategis aset di UBS Group Hong Kong, seperti dilaporkan oleh Bloomberg. Dollar Australia telah jatuh banyak di Asia, terjejas oleh kelemahan baru dalam pasaran saham China dan Renminbi.
[adrotate group=”6″]
Sejak pasaran China dibuka semula, ia telah menjadi hanya trafik sehala bagi Aussie sejak menguji tahap 70 sen AS, tidak lama selepas pengumuman laporan kewangan perumahan Australia bagi bulan November yang mengatasi jangkaan. “Ekonomi Australia masih banyak terikat kepada sektor sumber bahan asas, jadi jika kita mempunyai kebimbangan mengenai China dan permintaan untuk sumber bahan asas, Dollar Australia pasti akan menerima kesan,” menurut Encik Song Seng Wun, pakar ekonomi di CIMB Private Banking.