Aussie Dollar merudum lebih 90 pips pada sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah sekitar $0.6825 setelah sentimen pengguna Australia dari Westpac dilaporkan menurun dan tekanan global terus bertambah parah, sebelum kembali melonjak lebih 95 pips untuk menutup sekitar paras $0.6905 setelah Aussie pulih apabila China campur tangan untuk membantu keadaan semasa dengan pakej rangsangan yang besar.
Dollar Australia yang sering digunakan sebagai proksi untuk dagangan yang berkaitan dengan China, turun 0.4% setelah meningkat 0.6% apabila pasaran saham Shanghai bangkit, tetapi kehilangan sokongan apabila pasaran ekuiti China merudum lagi semalam. Di pasaran luar pesisir, Yuan terus jatuh untuk diniagakan pada sekitar 6.6000, turun 0.15%. Dagangan Yuan di tanah besar masih tidak berubah pada sekitar 6.5785.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Australia bakal melaporkan data inflasi dan jualan rumah baru, dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang daripada 284 ribu kepada 278 ribu pemohon.