Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $0.7535 ke serendah $0.7475, sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar $0.7525; setelah Dollar AS pulih daripada kelemahan baru-baru ini yang disebabkan oleh Federal Reserve. Beberapa ahli FOMC yang ‘dovish’ sebelumnya, telah berubah sikap sejak beberapa hari lepas dan kenaikan kadar pada April kembali dalam kemungkinan.
Momentum untuk Dollar itu datang selepas komen dari beberapa ahli FOMC Federal Reserve AS yang memberikan komen sedikit agresif mengenai keperluan untuk lebih banyak kenaikan kadar. “Komen-komen agresif daripada pegawai-pegawai Feds telah membantu, tetapi peserta menyesuaikan kedudukan mereka sebelum hujung minggu ‘Easter’ yang juga muncul untuk menyokong Dollar,” menurut Shin Kadota, ketua strategis FX di Barclays Jepun.
[adrotate group=”6″]
Kenaikan nilai Dollar AS memberati pasaran saham dan mata wang Asia. Dolar memacu naik semalaman berbanding sekumpulan matawang utama, selepas Presiden Federal Reserve Bank Cawangan St. Louis James Bullard mencadangkan terdapat kemungkinan bahawa kadar boleh dinaikkan pada bulan April. Nada agresif menyokong sentimen kenaikan Dollar, yang lebih kukuh berbanding matawang Asia semasa dagangan awal Asia, di tengah-tengah penurunan harga minyak dan komoditi.
Saham tenaga dan komoditi yang berkaitan di seluruh Asia juga jatuh pada waktu pagi. Pelabur juga berhati-hati menjelang cuti ‘Good Friday’ hari ini dan ‘Easter’ pada Ahad ini. Di rantau Asia Pasifik, pasaran saham di Hong Kong, Australia, New Zealand, Indonesia dan Singapura ditutup hari ini. Pasaran saham AS juga ditutup.