Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari keempat Khamis semalam, lebih 90 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7375 sebelum menutup sekitar paras $0.7350; selepas defisit imbangan perdagangan Australia dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Pada masa yang sama, laporan tuntutan pekerjaan dan tempahan perkilangan AS yang lemah, tambah mengukuhkan Aussie.
Di pasaran Australia, defisit imbangan perdagangan negara tersebut berkurang pada A$2.94 bilion berbanding A$3.22 bilion jangkaan dan A$3.52 bilion pada sebelumnya. Sebelum daripada itu, GDP Australia untuk suku keempat 2015 menunjukkan perkembangan pada 0.6% berbanding jangkaan 0.5%, walaupun ianya lebih rendah dari angka 1.1% pada sebelumnya. Keadaan terma perdagangan yang lebih baik ini, menyebabkan spekulasi pasaran tentang penurunan kadar RBA reda dan menyokong belian Aussie.
[adrotate group=”6″]
Hari ini laporan jualan runcit Australia yang dijangka mengujakan pada 0.4% berbanding sifar pada sebelumnya, terus membuatkan Aussie dibeli. Malam nanti AS pula bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%. Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%.