Aussie Dollar terus memacu naik lebih 85 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7240 sebelum menutup sekitar paras $0.7200; setelah spekulasi memenuhi pasaran tentang rangsangan tambahan dari China, dan sedikit peningkatan dalam harga bijih besi. Seorang pegawai China mengesahkan sasaran pertumbuhan sebanyak 6.5% kepada 7% pada tahun ini, mengingatkan semua bahawa hanya beberapa tahun yang lalu, angka tersebut berada dalam dua digit. Pemerhati menjangkakan pertumbuhan China akan berterusan lembap dan permintaan untuk sumber asli akan terus lemah.
Di pasaran Australia, ekonomi negara tersebut dijangka berkembang pada kadar yang sederhana pada 2016, dengan keyakinan perniagaan menjadi kunci dalam memandu peralihan dari perlombongan kepada sektor bukan perlombongan, menurut Ketua Penyelidikan Ekonomi Australia, James McIntyre. Ekonomi global dijangka lebih kukuh dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan aliran modal menjadi semakin penting bagi Australia.
[adrotate group=”6″]
Sementara itu, keputusan tidak memberangsangkan daripada beberapa pengeluar minyak terbesar dunia dan kelemahan dalam ekonomi yang bergantung kepada minyak, menyebabkan pelabur-pelabur bimbang. Kini mereka mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan yang lebih tinggi untuk kemelesetan AS pada tahun ini, berikutan kegawatan pasaran kewangan dan ketidaktentuan sekitar pertumbuhan global.