Aussie Dollar merudum lebih 140 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7155 sebelum menutup sekitar paras $0.7190; setelah data yang mengecewakan dilaporkan dari China. Indeks Pembuatan AIG Australia juga dilaporkan lebih rendah berbanding bulan lepas. Indeks Caixin PMI Pembuatan China merosot kepada 48.2 mata berbanding 48.6 mata pada sebelumnya, malah lebih rendah dari jangkaan sebanyak 48.9 mata.
Aktiviti dalam sektor pembuatan China yang menguncup memperkukuh kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia mungkin terperangkap dalam kelembapan yang berlarutan, walaupun langkah-langkah rangsangan telah dilancarkan. Walaupun sektor perkhidmatan China mengakhiri 2015 dengan data yang kukuh, ekonomi masih kelihatan berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam suku abad, sekaligus menunjukkan kerajaan perlu meningkatkan sokongan pada 2016 untuk memulihkan aktiviti ekonomi.
[adrotate group=”6″]
Permintaan yang berterusan lemah daripada sektor domestik dan antarabangsa telah memberi kesan kepada kilang-kilang di China, sekaligus menyebabkan banyak kapasiti terbiar dan memaksa mereka untuk mengurangkan harga jualan. Ini memakan keuntungan mereka dan menambah kepada tekanan deflasi dalam ekonomi yang lebih luas. Beberapa pemerhati China, bagaimanapun, percaya tahap pertumbuhan sebenar lebih lemah daripada data rasmi.
Pemimpin tertinggi China minggu lalu menggariskan sasaran ekonomi utama untuk tahun 2016, dengan berkata kerajaan akan menolak ke hadapan “reformasi penawaran” untuk membantu menjana enjin pertumbuhan industri baru disaat industri seperti pembuatan keluli menderita. Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Australia dan AS hari ini.