Aussie Dollar jatuh lebih 140 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7490 sebelum menutup sekitar paras $0.7502; setelah pasaran bercakap tentang potensi kenaikan kadar AS pada bulan April daripada pembuat dasar FOMC, sesuatu yang biasanya akan melemahkan aset berisiko. Pasaran masih bingung dengan ketidakselarasan antara presiden-presiden Feds cawangan dan Pengerusi mereka, Puan Janet Yellen.
“Minit mesyuarat FOMC mendedahkan bahawa pegawai-pegawai Fed membahaskan kenaikan kadar pada April, tetapi beberapa ahli menyatakan pandangan bahawa pendekatan berhati-hati terhadap peningkatan itu adalah bijaksana dan menyatakan kebimbangan bahawa meningkatkan julat sasaran secepat April, akan memberi isyarat tergesa-gesa yang dirasakan tidak sesuai,” menurut Rodrigo Catril, strategis matawang di NAB.
[adrotate group=”6″]
Antara laporan sektor pembuatan dan perkhidmatan, terdapat tanda-tanda kestabilan yang semakin meningkat dalam ekonomi China. Dollar juga masih di bawah tekanan, selepas minit mesyuarat Federal Reserve terkini menunjukkan ramai ahli FOMC mahu bergerak dengan berhati-hati pada kenaikan kadar, sebahagiannya kerana hanya ada sedikit ruang untuk melonggarkan dasar sekiranya perlu.