Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari keenam Isnin semalam, lebih 85 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7485 sebelum menutup sekitar paras $0.7465; setelah aliran dana terus memasuki matawang berkadar tinggi seperti Kiwi, Aussie, dan Loonie. Dalam pada itu, data pekerjaan AS menyokong belian Dollar AS, manakala komen yang kurang memberangsangkan dari kongres China kembali memberati Aussie.
Para penganalisis berpendapat kenaikan Aussie agak berlebihan dalam tempoh terdekat. Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar yang stabil selama 10 bulan pada 2%, sambil memetik prospek yang munasabah bagi pertumbuhan berterusan dalam pasaran domestik.
[adrotate group=”6″]
Minggu lalu telah menyaksikan minat belian terhadap Aussie, sekaligus memacu nilai AUD/USD meningkat berterusan, walaupun terdapat nada ‘dovish’ yang agak jelas daripada Reserve Bank of Australia. Namun begitu, pelbagai data yang dilaporkan lebih kukuh, seperti GDP suku keempat yang lebih baik daripada jangkaan.
Di pasaran global, China dilaporkan memberi ruang untuk pemulihan dengan merendahkan unjuran tahunan, walaupun ia masih menetapkan kadar di paras yang agak tinggi, sekitar 6.5% kepada 7%, sekaligus menunjukkan kerajaan lebih suka menampung perkembangan ekonomi yang perlahan daripada pemberhentian mengejut yang lebih menyakitkan.