Aussie Dollar terus merudum lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7337 sebelum menutup sekitar paras $0.7367; setelah Reserve Bank of Australia mengeluarkan kenyataan tentang keputusan terbarunya untuk menurunkan kadar ke paras terendah dalam sejarah. Kali terakhir Australia menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas adalah pada April tahun lepas.
“Kenyataan RBA terhadap dasar monetari akan mengesahkan pendirian ‘dovish’ Bank Pusat Australia dan menghadkan kenaikan AUD,” kata Elias Haddad, FX strategis di CBA. “Dari segi ramalan ekonomi, RBA akan menyemak semula ke bawah ramalan inflasi mereka, tetapi terdapat peluang yang baik bahawa mereka juga perlu menyemak semula KDNK.” tambah beliau lagi.
Dengan pasaran dan ekonomi yang terus memihak kepada kadar yang akan diturunkan lagi, mungkin seawal bulan Ogos, ramalan inflasi akan difahami dengan lebih teliti oleh pasaran; sekaligus memberati nilai Aussie. Namun, laporan imbangan perdagangan China yang memberansangkan Ahad semalam, mungkin akan membantu mengapungkan matawang negara kanggaroo itu. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia mahupun AS hari ini.