Harga emas meningkat pada hari Jumaat selepas China mengeluarkan data pembuatan yang memberangsangkan. Selain itu, pasaran juga menantikan ucapan dari penggubal-penggubal dasar Fed.
Data pembuatan PMI Caixin di China bagi bulan September dicatat pada 50.1 seperti jangkaan awal.
Menurut Zhengsheng Zhong, pengarah analisis makroekonomi di Caixin, data yang menunjukkan peningkatan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa ekonomi China telah mula stabil.
Namun begitu, kadar pertumbuhan fiskal yang perlahan baru-baru ini mungkin menjadi ancaman terhadap pertumbuhan ekonomi masa depan.
Pun begitu, data pembuatan PMI rasmi dari Biro Perangkaan Negara dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China akan dikeluarkan pada Sabtu.
Emas bagi penghantaran Disember jatuh 0.18%.
Semalam, harga emas turut mengalami kerugian berikutan data positif dari Amerika Syarikat.
#25 Buah Negara Yang Mengenakan Cukai Tertinggi Di Dunia