Harga emas melonjak pada sesi Eropah setelah melemah dalam 5 sesi sebelum ini. Logam kuning merosot sehingga mencecah paras terendah akibat tekanan dari US Dollar yang meneruskan pengukuhan semenjak kemenangan Trump
Emas di Comex melonjak sebanyak 0.4% selepas jatuh kepada tahap terendah semenjak 3 Jun.
Juga di Comex, silver futures kembali melonjak sebanyak 9 sen dalam sesi ini.
US Dollar mula merosot setelah permintaan terhadap matawang itu menuju kepada paras paling kukuh sejak Disember 2015.
US Dollar Index turun semasa awal dagangan selepas meningkat kepada angka 100.24 pada Isnin.
Kelemahan matawang gergasi biasanya memberi manfaat kepada emas.
Pun begitu, penganalisis pasaran memberi amaran bahawa prospek emas kekal merosot dalam tempoh terdekat ini. Harga logam kuning ini telah turun lebih 6% sejak minggu lalu setelah dasar ekonomi Trump dikatakan bakal merangsang pertumbuhan ekonomi dan inflasi, sekali gus membawa AS ke dalam era kadar faedah yang lebih tinggi.
Dalam masa yang sama, tumpuan juga diberikan kepada data ekonomi AS untuk petunjuk yang lebih jelas mengenai kekuatan ekonomi.
Di tempat lain, copper futures dilaporkan menjunam sebanyak 6.6 sen. Komoditi ini telah melonjak hampir 11% selepas Donald Trump dikatakan akan membawa kebanjiran terhadap perbelanjaan infrastruktur.
Copper dianggap sebagai penunjuk utama ekonomi global kerana digunakan di dalam pembinaan bangunan, penjanaan kuasa dan pembuatan barangan elektronik pengguna.
MAS Bercadang Untuk Menambah Lagi 25 Buah Pesawat!