Setelah pemotongan 25 mata asas terhadap kadar tunai rasmi, Kiwi kembali menguat dalam sesi Asia hari ini. Angka pengurangan kadar kepada 2.0% itu adalah yang terendah dalam rekod.
NZD/USD didagang pada 0.7280, meningkat 0.93% selepas RBNZ memutuskan keputusan terbabit. Manakala, AUD/USD juga meningkat 0.13% dan USD/JPY menurun 0.07%.
US Dollar Index yang menguat melawan 6 matawang utama dinilai pada 95.59.
Semalaman, Dollar kekal di paras terendah kerana data AS pada selasa menjejaskan keyakinan terhadap kekuatan ekonomi.
Selasa lalu, AS melaporkan produktiviti bukan ladang menurun 0.5% pada suku ke-2. Perkara ini sekali gus meningkatkan keyakinan kenaikan kadar oleh Fed pada hujung tahun ini.