Bank Pusat Jepun (Bank of Japan, BoJ) seperti kita tahu telah mengekalkan kadarnya dan program pembelian bon di paras yang sama. BoJ sebentar tadi menutup tahun ini dengan jangkaan ekonomi yang lebih baik berbanding sebelum ini.
BoJ meramalkan pemulihan yang sederhana berikutan peningkatan eksport, keyakinan perniagaan yang lebih baik, dan pengukuhan dalam perbelanjaan swasta. Walaubagaimanapun, jangkaan kepada Inflasi masih lemah berikutan risiko pembangunan di China, ekonomi US, Brexit dan situasi politik di Eropah.
Sejak bank pusat ini menggunapakai polisi kadar faedah negatif, majoriti penganalisis masih belum melihat tambahan kepada pelonggaran polisi sehingga 2018.
Keluk Hasil-Bon semakin baik
Pasaran ketika ini memberi tumpuan bagaimana BoJ berusaha untuk mengekalkan kadar faedah jangka panjang berikutan peningkatan hasil-bon dalam pasaran bon global.
Kuroda hari ini menyatakan adalah terlalu awal untuk membincangkan tentang meningkatkan sasaran hasil-bon jangka panjang atau lebih spesifik lagi meningkat kadar faedah. Beliau juga mengatakan keluk hasil-bon yang lebih baik sudah dicapai dan polisi ini akan diteruskan.
Kuroda memberi pandangan tentang matawang, “Perbezaan polisi monetari akan memberi kesan kepada matawang, tetapi ketika ini sya tidak melihat Yen akan melemah secara berlebihan”. Tambahnya lagi, “Yen berada di paras sama Februari lepas dan itu bukanlah mengejutkan”.
- Pasaran Matawang (Usd/Jpy)
Yen sebelum ini melemah semasa Kuroda memberi komen dalam sidang media dan didagangkan di paras 117.96 pada pukul 2:50 petang tadi. Minggu lalu Usd/Jpy mencapai paras tertinggi yang juga menunjukkan Yen berada di paras terendah sejak itu.
Kelemahan Yen sebenarnya memberi tekanan kepada inflasi yang disebabkan kos import yang lebih mahal, manakala meningkatkan permintaan kepada eksport Jepun yang melonjakkan keuntungan sektor korporat yang menyokong kepada peningkatan kadar gaji pekerja.
Menurut Credit Suisse Group AG minggu lalu, mereka telah mengkaji semula ramalan pergerakan Usd/Jpy kepada 122.00 dari 111.00. Dengan kata lain, pasangan matawang ini mampu mendaki sehingga ke 122.00.
Sumber: Bloomberg