Matawang US Dollar memacu tinggi melawan Canadian Dollar hari ini setelah data pekerjaan dan harga minyak mentah yang bercampur.
USD/CAD mencecah paras harga 1.2999 semasa bukaan sesi New York, mencapai paras tertinggi sejak 5 September.
Statistik daripada Kanada melaporkan angka pekerjaan meningkat sebanyak 26,200 pada Ogos sekaligus menafikan jangkaan peningkatan sebanyak 15,000.
Pun begitu, kadar pengangguran meningkat sebanyak 7.0%.
Penurunan Canadian Dollar juga adalah diakibatkan oleh harga minyak mentah yang menurun hari ini diakibatkan oleh pelabur mengambil untung daripada sesi yang meninggi semalam.
Sementara itu sentimen pada matawang Greenback masih lagi lemah diakibatkan oleh laporan pengangguran yang dilihat lemah untuk menyokong kekuatan ekonomi.