Pertumbuhan ekonomi Kanada meningkat selama empat bulan berturut-turut sebelum ini. Dalam data yang dikeluarkan sebentar tadi menunjukkan penguncupan ekonomi Kanada buat pertama kali sejak empat bulan sebelum Oktober. Penguncupan ini disebabkan oleh penyusutan dalam pengeluaran sektor pembuata dan hasil minyak/gas.
Dalam industri pembuatan barangan mencatatkan penyusutan 1.3% berikutan aktiviti dalam sektor pembuatan, cari-gali, perlombongan, minyak dan gas, pembinaan, utiliti, pertanian dan perhutanan kesemuanya merosot pada Oktober.
Dalam industri perkhidmatan pula naik 0.1% berikutan peningkatan aktiviti dalam sektor hartanah. Sektor awal juga meningkat yang termasuk pendidikan dan kesihatan.
Pengeluaran dalam sektor pembuatan susut 2.0% pada Oktober yang merupakan kejatuhan tertinggi sejak Disember 2013.
Pengeluaran dalam sektor cari-gali, perlombongan, minyak dan gas turut susut 1.2% pada Oktober.
Sektor pembinaan pula susut 0.5% pada bulan sama yang merupakan kejatuhan kelima dalam masa enam bulan. Pembinaan perumahan penduduk merupakan penyumbang tertinggi kepada penyusutan ini yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 1.0%.
Sejurus sahaja data ini dikeluarkan matawang Kanada susut dengan Usd/Cad menguat dari 1.3514 ke paras 1.3551 iaitu sebanyak 37 pip. Ketika ini Usd/Cad berada di paras 1.3550 semasa artikel ini ditulis.