Berita mengenai rusuhan di Hyundai Motor Co dan penghentian jualan Galaxy Note 7 oleh Samsung Electronics Co Ltd benar-benar memberi tamparan hebat buat ekonomi Korea Selatan.
Pun begitu, pertumbuhan ekonomi negara tersebut masih berada pada landasan yang betul bagi memenuhi sasaran kerajaan pada tahun ini.
Berita-berita yang berimpak besar seperti Hyundai dan Samsung sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada pertumbuhan negara terutamanya pada seeparuh kedua tahun ini.
Perkara tersebut diberitahu oleh Lee Chan-Woo kepada pemberita, ketika diminta mengulas mengenai berita yang menimpa syarikat Samsung. Syarikat tersebut dianggarkan bakal mengalami kerugian kira-kira $3 billion terhadap keuntungan operasi keseluruhan syarikat dalam tempoh 6 bulan akan datang.
Walau bagaimanapun, ekonomi Korea Selatan bukanlah semata-mata disumbangkan oleh kedua-dua syraikat ini, mahalan melalui keseluruhan penggunaan dan pelaburan.
Timbalan Menteri Ekonomi Korea Selatan mengatakan bahawa pertumbuhan negara tersebut pada tahun ini boleh mencecah sasaran sebanyak 2.8%.
Adakah Keputusan Gabenor Bank Jepun Ini Baik Untuk Ekonomi Jepun?