Euro melemah berbanding US Dollar pada Selasa selepas data yang bercampur-campur dari sektor pembuatan dan perkhidmatan. Matawang itu juga tidak dapat menandingi kekuatan US Dollar walaupun Greenback kekal rapuh sementara menanti ucapan dari Janet Yellen.
EUR/USD mencecah 1.1355 dalam sesi dagangan ini.
Sebelum ini, kumpulan penyelidikan Markit berkata, indeks purchasing manager’s susut ke paras terendah dalam tempoh dua bulan.
Indek PMI Jerman turut menyusut 53.3 berbanding 54.4 dalam bulan Julai.
Selain itu, Markit turut juga melaporkan kemerosotan data pembuatan PMI Perancis.
Sebaliknya, data perkhidmatan PMI Perancis menunjukkan lonjakan kepada 52.0 bulan ini berbanding 50.5 pada bulan Julai.
Bagi keseluruhan Zon Euro, data komposit PMI yang mengukur kedua-dua sektor meningkat kepada 53.3.
Dalam masa yang sama, matawang Amerika terus menghadapi tekanan apabila pelabur terus berhati-hati menanti ucapan Presiden Fed pada minggu ini.
Dalam sesi ini, Euro merosot lebih rendah berbanding Pound dengan EUR/GBP menurun kepada 0.26%.
Jangan Pandang Sebelah Mata Amaran Dari Goldman Sachs Ini!