Jangan Pandang Sebelah Mata Amaran Dari Goldman Sachs Ini!

46

Harga minyak jatuh lebih 1% pada Selasa apabila Goldman Sachs memberi amaran bahawa persaingan harga minyak mentah agak sengit pada Ogos ini. Jangkaan pembekuan bekalan juga dilihat tidak mampu mengekang lebihan bekalan komoditi hitam.

Brent antarabangsa didagang pada $48.54 setong, menurun 62 sen.

Sementara itu, WTI mentah menyusut 76 sen kepada $46.65 setong.

Sentimen yang begitu agresif mengenai pembekuan bekalan sebelum ini telah memaksa minyak mentah memanjat kembali pasaran. Kemudian, harga kembali jatuh 3.5%.

Goldman Sachs berpendapat bahawa peningkatan semula harga minyak sejak 1 Ogos bukanlah petanda yang baik buat pasaran komoditi ini. Hal ini kerana, peningkatan ini hanya didorong oleh prospek pembekuan bekalan. Selain itu, mereka turut menjangkakan pertemuan OPEC dan pengeluar utama bulan depan tidak akan mencapai sebarang keputusan.

Bank Perancis, BNP Paribas turut menyokong kenyataan tersebut kerana mereka berpandangan bahawa pengimbangan semula pasaran minyak mentah akan menemui beberapa halangan. Halangan ini termasuklah peningkatan pengeluaran oleh OPEC.

Nak tahu isu apa pula pasaran minyak mentah negara? Baca artikel mengenai petronas ini disini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat