Euro Dollar yang merudum lebih 140 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar paras $1.1160, kembali memacu naik pada sesi petang New York untuk menutup setinggi $1.1290; setelah Eropah ketiadaan sebarang laporan ekonomi dan para trader dan pelabur bersedia untuk kenyataan Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongres AS. Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang utama semalam, selepas Janet Yellen berkata keadaan ekonomi di Amerika Syarikat akan membolehkan Feds meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara “beransur-ansur”. Namun, sokongan belian untuk Dollar tidak lama setelah Euro mendapat bidaan semula.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Amerika Syarikat, Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, dalam keterangannya kepada kongres AS semalam, mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam ekonomi global, tetapi menunjukkan bahawa kadar masih boleh meningkat tahun ini, walaupun secara perlahan-lahan. Beliau menambah bahawa ada sebab-sebab yang baik untuk mempercayai yang AS akan terus berada di landasan pertumbuhan yang sederhana, yang akan membolehkan Fed untuk meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara beransur-ansur.
Beliau juga mempertahankan kenaikan kadar pada Disember lalu, mengatakan bahawa jika ia tidak dilaksanakan, peningkatan kadar yang lebih tajam mungkin terpaksa dilakukan pada masa akan datang, yang boleh menolak ekonomi AS kembali ke dalam kemelesetan.