Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1180 ke serendah $1.1105, sebelum menutup sekitar paras $1.1130; setelah ketiadaan laporan dari pasaran Eropah untuk memacu nilai Euro. Namun, laporan minit mesyuarat FOMC yang agak ‘dovish’ membantu Euro dari jatuh lebih rendah.
Dalam minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi, kesemua ahli majlis bersetuju bahawa lebih banyak data diperlukan sebelum menilai kesan kegawatan pasaran kewangan dan kelemahan ekonomi China ke atas ekonomi AS. Namun pada masa yang sama, FOMC masih teguh dalam rancangan untuk menaikkan kadar sepanjang tahun ini; walaupun terdapat beberapa ahli yang melihat ianya sebagai tindakan yang berisiko.
[adrotate group=”6″]
Kenaikan kadar akan meningkatkan kos pinjaman dan pelaburan perniagaan, sekaligus boleh mendorong industri dan syarikat menghadkan produktiviti dan pengambilan pekerja baru. Walaupun laporan pekerjaan terbaru menunjukkan kadar pengangguran turun sebanyak 0.1%, ianya boleh tergugat sekiranya kenaikan kadar berlaku. Demikian itu, Feds menegaskan bahawa kenaikan mestilah dibuat secara beransur-ansur.
Hari ini ECB bakal meyiarkan minit mesyuarat terbaru yang bakal menawarkan lebih banyak petunjuk tentang pandangan masa depan ekonomi Euro-Zone. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 269 ribu kepada 275 ribu dan indeks perkilangan Feds kawasan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -3.5 mata kepada -2.9 mata, pada malam nanti.