Euro Dollar terus memacu naik lebih 130 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1340 sebelum menutup sekitar paras $1.1315; setelah Biro Statistik Eropah, EuroStat melaporkan angka inflasi yang semakin pulih. Pada masa yang sama, Dollar terus dijual dalam reaksi kepada keputusan FOMC yang melemahkan Dollar pada awal pagi semalam.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Eropah, inflasi dilaporkan stabil pada 0.2% dibawah sifar seperti jangkaan. Inflasi teras yang tidak termasuk tenaga dan makanan pula, meningkat 0.8% lebih baik dari jangkaan penganalisis sebanyak 0.7%. Keputusan itu tidak disambut baik pasaran ekuiti, apabila indeks EuroStoxx50 susut lebih 99 mata untuk menutup lebih rendah dari semalam, sekitar 2,990 mata. Pasaran berada dalam dagangan tipis ekoran ketiadaan laporan berimpak tinggi minggu ini.