Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.1300 ke paras tertinggi harian sekitar $1.1347, sebelum menutup sekitar paras $1.1310; setelah laporan imbangan perdagangan Euro-Zone yang baru dikeluarkan mengejutkan pasaran. Ramai trader bimbang bahawa Euro yang lebih kukuh akan memberi kesan yang negatif. Pada masa yang sama, laporan inflasi AS yang lebih baik menyebabkan Dollar terus bertahan.
Di pasaran Eropah, lebihan dagangan Euro-Zone pada Mac meningkat kepada €28.6 bilion untuk Mac lalu, dari €19.9 bilion pada bulan Mac 2015, dengan penurunan tahunan sebanyak 3.0% dalam eksport dan penurunan tajam sebanyak 8.0% dalam import. Kedua-dua angka eksport dan import juga jatuh untuk suku pertama tahun 2016, sekaligus mengekalkan kebimbangan yang menyelubungi pertumbuhan Euro-Zone secara keseluruhan.
Dalam terma pelarasan musim, lebihan bulan Mac adalah sebanyak €22.3 bilion berbandinh €20.6 bilion pada sebelum ini dan sedikit di bawah jangkaan konsensus pasaran. Terdapat kebimbangan sekitar prestasi eksport dengan 1.0% penurunan pada suku pertama, terutama kerana tahap keseluruhan Euro-Zone tidak harus sama sekali menjadi halangan yang serius kepada perdagangan luar negara.
Faktor geografi juga akan menyebabkan kebimbangan kerana penghantaran ke China hanya jatuh 1% manakala terdapat penurunan curam dalam penghantaran ke Amerika Syarikat di mana pengeluar Euro boleh mendapatkan bahagian pasaran. Buat masa ini, tidak ada bukti pemulihan di Perancis dan Itali dengan kedua-dua negara mencatatkan penurunan lagi dalam eksport bagi bulan lepas.
The Financial Times menulis bahawa walaupun ekonomi Jerman berkembang baik sebanyak 0.7% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, ini telah sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan domestik. Pejabat Statistik Jerman, Destatis, telah menekankan penurunan perdagangan, dengan import “meningkat lebih ketara daripada eksport” pada suku pertama lalu.