Euro Dollar yang susut lebih 45 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0860, kembali memacu naik lebih 80 pips pada sesi New York untuk ke paras tertinggi sekitar $1.0940 sebelum menutup sekitar paras $1.0905; setelah data China mencetuskan sedikit permintaan untuk dagangan ‘safe-haven’ menjelang mesyuarat ECB pada hari ini. Terdapat aliran mantap data Euro-Zone semalam termasuk inflasi, PPI, dan sentimen ekonomi ZEW Jerman. Keseluruhan data memenuhi jangkaan tetapi ramalan telah diturunkan dan pasaran berharap untuk melihat inflasi yang lebih baik bagi membantu ECB tanpa rangsangan tambahan.
Inflasi harga pengguna di Jerman mencapai tahap paling rendah sejak 2009, susut kepada 0.3% pada tahun 2015 daripada 0.9% pada tahun 2014. Kadar tahun ke tahun kenaikan harga juga telah menurun sejak 2011. Kali terakhir inflasi serendah itu telah dirakam pada tahun 2009, apabila ianya mencapai 0.3%. Kelembapan ini sebahagian besarnya didorong oleh penurunan tajam dalam harga produk tenaga, sebanyak 7%. Pada masa yang sama, indeks harmoni harga pengguna naik 0.1% pada 2015 berbanding tahun sebelumnya.
[adrotate group=”6″]
Pejabat statistik Eropah mengesahkan angka awal untuk kedua-dua indeks inflasi dan indeks inflasi harmoni. Menggunakan Indeks Inflasi Harmoni – barometer yang digunakan oleh Bank Pusat Eropah – kadar inflasi Jerman berada pada 0.2% bagi bulan Disember dan 0.1% bagi keseluruhan tahun 2015. ECB menetapkan kadar inflasi tahunan sekitar 2.0% adalah kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang sihat. Baru-baru ini ECB juga telah melancarkan pelbagai langkah bagi menaikkan harga dan menolak inflasi Euro-Zone kembali ke paras tersebut.