Euro Dollar melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1277 sebelum menutup sekitar paras $1.1263; setelah pasaran terus membida Euro menjelang mesyuarat FOMC Feds awal pagi Khamis ini. Pada masa yang sama, laporan iklim perniagaan Jerman yang meleset dari jangkaan tidak menghalang Euro untuk terus mendapat permintaan.
Di pasaran Eropah, Economic Times melaporkan iklim perniagaan Jerman tidak disangka-sangka jatuh pada bulan April, selepas syarikat lebih pesimis mengenai keadaan semasa, tetapi jangkaan pengurus sedikit meningkat. Institut Ekonomi IFO yang berpangkalan di Munich, menyatakan Indeks iklim perniagaan Jerman, berdasarkan bancian bulanan terhadap kira-kira 7,000 syarikat; menurun kepada 106.6 mata pada bulan April daripada 106.7 mata pada bulan Mac. Ramalan konsensus Reuters adalah untuk kenaikan kepada 107.0 mata.
[adrotate group=”6″]
DigitalLook pula menulis bahawa “Institut IFO menganggarkan GDP Jerman akan meningkat sebanyak kira-kira 0.6% dalam suku pertama, yang tidak kelihatan optimis berdasakan data. Walau bagaimanapun, kita masih menyaksikan pertumbuhan perlahan di sepanjang tahun ini, selepas peningkatan awal kesan dari susut nilai Euro dan penurunan harga pudar. Oleh itu, kita berfikir bahawa ramalan konsensus sebanyak pertumbuhan 1.6% KDNK Jerman pada tahun ini adalah terlalu optimis dan menjangkakan pengembangan hanya sekitar 1.2%. “
NASDAQ pula melaporkan, dengan Bank Pusat Eropah yang hanya melakukan sedikit tindakan dalam menjelaskan unjuran dasar minggu lalu, kadar tukaran EUR/USD masih terumbang-ambing. Namun perkembangan teknikal yang berlaku pada akhir minggu lalu- termasuk ‘bearish engulfing candle’ yang menyelubungi pada hari mesyuarat ECB – mencadangkan bahawa trader mungkin mahu mencari harga yang lebih rendah.
Hari ini Amerika Syarikat akan melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka menurun dari 96.2 mata kepada 95.8 mata. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.