Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1437 ke serendah $1.1335, sebelum menutup sekitar paras $1.1392; setelah PMI pembuatan Euro-Zone dan Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dan data pekerjaan Amerika Syarikat dilaporkan bercampur-campur.
Reuters melaporkan bahawa kilang-kilang Euro-Zone melengkapkan suku pertama 2016 dengan lebih baik sedikit daripada jangkaan tetapi pertumbuhan dalam aktiviti ekonomi kekal lemah, walaupun terdapat pemotongan harga paling besar sejak tahun 2009. Kajian tersebut mencadangkan pembuatan masih memberati ekonomi yang lebih luas, dan pertumbuhan kekal lemah di Jerman manakala menguncup di Perancis. Namun, Sepanyol, Itali, Belanda, Austria dan khususnya Ireland menyaksikan pengembangan yang teguh.
[adrotate group=”6″]
Bulan lalu, Bank Pusat Eropah melancarkan pakej pelonggaran berani dalam usaha terbarunya untuk merangsang pertumbuhan dan memacu inflasi – yang pada -0.1% peratus pada bulan Mac, ke matlamat sasaran 2% – tetapi ia seolah-olah belum berjaya lagi. “Data menunjukkan pembuatan meningkat hanya sekitar 0.2% pada suku pertama,” menurut Chris Williamson, Ketua Ekonomi di Markit. “Pembuat dasar juga bimbang dengan tekanan deflasi dalam rantaian pembuatan dan bekalan. Mendiskaunkan harga menjadi meluas dengan firma yang menghadapi permintaan yang lemah.” tambah beliau lagi.
Walaupun terdapat pemotongan harga dan rangsangan ECB, Indeks Markit PMI pembuatan untuk Euro-Zone hanya meningkat kepada 51.6 mata dari paras terendah tahunan 51.2 mata pada Februari lalu. Itu adalah lebih baik sedikit daripada anggaran awal 51.4 mata dan di atas paras 50 mata yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan.