Euro Dollar jatuh lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1110, sebelum mendapat sokongan belian untuk naik semula dan menutup sekitar paras $1.1155; setelah Euro memberikan kembali kenaikan yang mengejutkan pada dua hari sebelumnya. Pasaran ekuiti Asia goyah dan Dollar kembali mendapat permintaan apabila laporan data pekerjaan AS menunjukkan pengangguran yang berkurang dari 5% kepada 4.9% dan pertumbuhan upah yang lebih baik.
“Terdapat keraguan umum terhadap kitaran kenaikan kadar yang sepatutnya oleh Feds – yang sudah memandu Dollar ke paras yang rendah, tetapi mungkin tidak banyak ruang untuk Dollar terus lemah.” menurut strategis matawang Commerzbank, Thulan Nguyen di Frankfurt. “Laporan pasaran buruh yang lebih baik boleh membawa balik keyakinan dalam kitaran kadar.” tambah beliau lagi. Selepas laporan sektor perkhidmatan dan sentimen perniagaan yang lemah serta komen negatif daripada Presiden Federal Reserve New York, William Dudley, pasaran matawang AS kini meramalkan tiada kenaikan kadar pada tahun ini.
[adrotate group=”6″]
Namun, dengan data pekerjaan AS yang mencerminkan kekukuhan sektor pekerjaan dengan kadar pengangguran yang jatuh ke paras terendah dalam masa 8 tahun, dan pertumbuhan upah yang memberansangkan; sentimen kenaikan kadar AS kini mungkin bergema semula, terutamanya jika laporan ekonomi yang mendatang, terus mencerminkan keadaan ekonomi AS yang kukuh.