Salah satu pengumuman dasar kewangan yang penting yang akan dikeluarkan pada minggu depan juga adalah daripada Reserve Bank of New Zealand.
Berbeza dengan Amerika Syarikat dan Jepun, ekonomi New Zealand dilihat lebih stabil terutama selepas mesyuarat terakhir RBNZ yang lalu.
Kita melihat pergerakan ekonomi yang naik dan turun, kenaikan ke atas harga produk tenusu dan juga perkembangan GDP yang memberangsangkan.
Komen terbaru daripada pegawai RBNZ adalah mereka sangat optimistik sejak pertemuan terakhir mereka namun mungkin akan berlakunya sedikit pelonggaran.
RBNZ menurunkan rate sebanyak 25 mata pada Ogos namun dilihat tidak akan berlakunya pemotongan lebih lanjut.
Nada yang dovish akan datang mungkin akan melemahkan matawang NZD.