Harga minyak tidak banyak berubah pada Sesi Asia. Berita cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki kurang memberikan impak kepada harga minyak.
US Dollar yang menguat memberikan sedikit impak kepada harga minyak. Walaubagaimanapun data ekonomi positif dari AS dan China pada Jumaat lepas, menunjukkan terdapat kesan ke atas potensi peningkatan permintaan minyak global.
US Crude Future jatuh 12 sen ke pada $45.83 setong pada 0041 waktu GMT selepas menamatkan sesi minggu sebelumnya dengan peningkatan 27 sen, kira-kira peningkatan 1% untuk minggu lepas.
Brent Future pula susut 1% kepada $7.60 setong selepas menututp penongkatan 24 sen pada minggu lepas, kira-kira peningkatan 2% untuk minggu tersebut.
Buat masa ini, tiada gangguan penghantaran minyak, atau apa-apa risiko jangka pendek kesan daripada cubaan rampasan kuasa di Turki dilaporkan.
Selat Bosphorus telah dibuka semula hari Sabtu, selepas ditutup beberapa jam akibat cubaan rampasan kuasa di Turki pada Jumaat lepas.
Jambatan di Selat Bosphorus sebelum ini dikhabarkan ditutup oleh tentera yang cuba untuk menggulingkan Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki pada rampasan kuasa yang gagal pada Jumaat lepas.
Selat Bosphorus Istanbul adalah checkpoint utama minyak yang mengendalikan kira-kira 3% pasaran minyak global. Penghantaran adalah dari pelabuhan Laut Hitam dan kawasan Caspian.
Indeks US Dollar meingkat tinggi berbanding banyak matawang pada Sesi Asia pagi ini. Nilai US Dollar yang mengukuh menjadikan nilai komoditi lebih mahal untuk pemegang matawang lain.