Pound Dollar yang jatuh lebih 100 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4115, kembali memacu naik lebih 195 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4315, sebelum menutup sekitar paras $1.4280; setelah pasaran Eropah memberikan reaksi kepada keputusan ECB untuk menurunkan kadar kepada sifar dan meningkatkan cas deposit antara bank dari -0.3% kepada -0.4%.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran UK yang masih dibelenggu dengan isu Brexit, pasaran menumpukan perhatian kepada mesyuarat ECB semalam. Keputusan ECB untuk tidak mengenakan sebarang “interest” ke atas pinjaman antara bank menyebabkan pelabur UK meluru kepada Euro menyebabkan kadar tukaran EUR/GBP memacu naik lebih dari 190 pips ke paras tertinggi harian sekitar £0.7845 sebelum menutup sekitar paras £0.7825.
Hari ini UK bakal melaporkan defisit imbangan perdagangan yang meningkat dari £9.9 bilion kepada £10.3 bilion. Tiada laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.