Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, didagangkan dari paras tertinggi harian sekitar $1.4570 ke serendah $1.4440, sebelum menutup sekitar paras $1.4495; setelah tiada sebarang laporan ekonomi dari UK. Pada masa yang sama, jualan runcit AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan, pada 0.2% berbanding 0.1%, walaupun ianya sama seperti sebelumnya.
[adrotate group=”6″]
Sebelum daripada itu, di pasaran UK, data pembuatan dilaporkan jauh di bawah jangkaan dan ini melembapkan tinjauan bagi kenaikan kadar British pada tahun ini. Agak mengujakan kerana ini tidak menyebabkan penurunan lanjut dalam penilaian Sterling, dan selalunya ini adalah petunjuk yang baik bahawa perubahan arah trend sedang berlaku. Jika data ekonomi UK yang negatif membawa kepada kenaikan Pound, ia satu tanda untuk mula mencari peluang belian.
Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK mahupun AS hari ini.