Pound Dollar melonjak lebih 135 mata Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4395 sebelum menutup sekitar paras $1.4335; setelah spekulasi berlegar dalam pasaran bahawa UK dan EU bakal mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu ‘Brexit’ menjelang akhir hari ini. Persidangan Kesatuan Eropah yang berakhir hari ini, antara lain membincangkan isu Britain yang bakal mengundi untuk keluar dari EU.
Di pasaran UK, permintaan Perdana Menteri, David Cameron untuk pembaharuan dasar ekonomi sebagai balasan untuk Britain terus menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU), telah mendedahkan perselisihan dimana masa depan anggota EU boleh menjadi lebih dekat bersama dan memudahkan hubungan dua hala, atau menjadi kumpulan yang lebih longgar dengan negara-negara anggota yang berbeza dalam perlaksanaan dasar.
[adrotate group=”6″]
Sekiranya gagal mencapai kata sepakat, dan ini adalah mungkin menurut Cameron; Britain akan menjadi negara pertama yang meninggalkan blok ekonomi 28 negara itu, selepas referendum ‘Brexit’ yang boleh diadakan seawal musim panas ini.