Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 105 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4515 ke serendah $1.4410, sebelum menutup sekitar paras $1.4485; setelah pasaran kehilangan arah selepas laporan mesyuarat FOMC yang menyaksikan Dollar berterusan dijual. Krisis ‘Brexit’ dilihat akan terus menghantui pelabur Pound, yang lebih berminat menjual Pound pada paras yang lebih tinggi.
[adrotate group=”6″]
Sterling susut berbanding semua matawang G10 pada minggu lepas kecuali Dollar, yang telah dilemahkan oleh amaran Federal Reserve AS bahawa ia akan menaikkan kadar dengan lebih perlahan daripada yang dijangkakan sebelum ini. Sehari selepas mesyuarat Feds itu, Bank of England berkata kadar UK lebih cenderung untuk tidak meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka menurun dari 5.47 juta unit kepada 5.32 juta unit. Tiada sebarang laporan ekonomi dari UK hari ini.