Pound Dollar terus merudum lebih 145 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.3880 sebelum menutup sekitar paras $1.3920; setelah kerisauan pasaran terus meningkat bahawa referendum pada 23 June ini akan membawa UK keluar dari Kesatuan Eropah. Penglibatan Datuk Bandar London, Boris Johnson yang aktif menyokong ‘Brexit’ meningkatkan tekanan terhadap pasaran.
Trader juga mengurangkan pegangan aset berhasil tinggi semalam, dan sejak Sterling mempunyai defisit akaun semasa yang besar, serta kadar yang agak tinggi; ia telah dianggap sebagai aset berisiko tinggi. Ini juga telah menyumbang kepada tekanan jualan.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, agensi penarafan kredit Moody memberi komen bahawa “kos ekonomi” keputusan untuk meninggalkan EU akan “lebih besar daripada manfaat ekonomi”, dan ia akan mempertimbangkan “ancaman tersebut kepada kedudukan kredit UK dengan memberikan pandangan negatif kepada penarafan Aa1 selepas undi untuk keluar.” Penurunan taraf kredit adalah tidak baik bagi Pound British.
Kathrin Muehlbronner, dari kumpulan risiko Moody berkata: “Jika UK gagal berunding perjanjian perdagangan baru dengan EU, yang mengekalkan sekurang-kurangnya beberapa manfaat perdagangan keahlian EU; eksport UK akan menderita. Ia mungkin membawa kepada tempoh tidak menentu yang lama, sekaligus memberi kesan negatif kepada pelaburan.”