Pound Dollar yang memacu naik lebih 120 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4815, kembali merudum lebih 150 pips pada sesi New York untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4660 sebelum menutup sekitar paras $1.4715; setelah data PMI pembuatan UK dilaporkan pada 51.9 mata yang meleset dari jangkaan 52.8 mata dan lebih rendah dari 52.5 mata pada bulan sebelumnya, tetapi masih dalam pengembangan. Sterling mengikuti corak umum yang sama seperti Euro, tetapi agak lebih baik walaupun PMI pembuatan yang mengecewakan.
Ini adalah bacaan yang paling rendah sejak bulan September, dan penurunan kedua berturut-turut. Dalam satu laporan lain, UK menunjukkan peningkatan kecil dalam kredit pengguna pada bulan November, serta peningkatan dalam kelulusan gadai janji dan pinjaman. Tinjauan bagi sokongan dari Bank of England kekal tidak menentu, kerana pelabur terus bergerak tanpa harapan untuk kenaikan kadar pada 2016, walaupun selepas ianya dinaikkan di Amerika Syarikat bulan lalu. Pada masa yang sama, undi yang bakal berlaku untuk masa depan Britain dalam Kesatuan Eropah turut memberi kesan kepada prospek jangka panjang Pound.
[adrotate group=”6″]
“Data ekonomi telah agak bercampur-campur,” kata Jane Foley, strategis kanan matawang di Rabobank International London. Beliau berkata Pound mendapat sokongan pada awal hari Isnin semalam, apabila “pasaran mungkin terlalu banyak jualan, dan Pound masih terdedah sepanjang 2016 ekoran kebimbangan bahawa BoE boleh melambatkan kenaikan kadar untuk beberapa lama dan juga kebimbangan mengenai referendum EU.”