Harga emas susut untuk hari kedua Rabu semalam, jatuh lebih $21.60/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,242.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,253.10/oz; setelah kebimbangan terhadap ransangan tambahan dari ECB serta kemungkinan Feds AS yang bakal menaikkan kadar seawal Jun ini, mendorong pembeli mengambil keuntungan.
Dalam pada itu aliran keluar dari dana bursa berasaskan emas (ETF) juga menekan harga ke bawah. SPDR Gold Shares yang merupakan ETF emas terbesar dunia, melaporkan pegangan yang menurun sebanyak 2.4 tan pada Selasa lalu – pengeluaran terbesar dalam masa empat minggu. Dengan ECB yagn dijangka menurunkan kadar deposit malam ini, ianya boleh mempengaruhi harga emas yang disebutharga dalam Dollar.
[adrotate group=”6″]
Kenaikan mendadak harga emas sejak awal tahun ini, mula kehilangan momentum apabila pasaran ekuiti dan harga komoditi lain, seperti bijih besi dan minyak mula pulih. Emas yang merupakan aset ‘safe-haven’, dibeli dikala krisis ekonomi dan kegawatan pasaran yang berlaku baru-baru ini, apabila pasaran China merudum selepas Yuan disusut nilai. Langkah China yang mengurangkan keperluan rizab bank baru-baru ini adalah sebagai pemangkin untuk menstabilkan pasaran.